BIODATA
Nama sebenar beliau adalah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau dilahirkan pada 03 April
1987 di Felda Kechau ,Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan pengasas kepada
produk kosmetik, D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan bapa kepada 3
orang anak serta suami kepada Datin Nur Shahida Mohd Rashid. Selain itu, Dato’ Aliff Syukri juga
merupakan anak kedua kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita
Ibrahim. Beliau mendapat gelaran Dato’ seawal usia 23 tahun. Alam
persekolahannya bermula di Teluk Gadong, Klang. Dia kemudiannya dimasukkan ke
sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama pada usia 14
hingga 16 tahun. Selepas ibunya berjaya menjadi usahawan, beliau dimasukkan ke
sekolah swasta Integrasi As-Syakirin di Seksyen 13, Shah Alam. Semasa itu,
mereka berpindah ke Subang Jaya, Selangor sehingga tingkatan 5 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke
Taylor College.
5
CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
1.
Berwawasan (Perceptiveness)
Antara salah satu ciri yang ditonjolkan oleh Dato’ Aliff Syukri
Kamarzaman sebagai seorang usahawan yang berjaya ialah berwawasan. Ciri wawasan
dapat dibuktikan apabila beliau meletakkan visi utama D’Herbs adalah untuk
menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan
kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus
mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta
harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat
menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan
peniaga. Sebagai seoerang usahawan yang berjaya juga, beliau menetapkan wawasan
syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan
dalam syarikatnya iaitu Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami
masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan
bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan
menjual produk daripada D'Herbs
2.
Berpandangan Jauh (Foresight)
Selain mempunyai ciri berwawasan, Dato’ Aliff Syukri juga
merupakan seorang usahawan yang berpandangan jauh. Ciri ini dapat dibuktikan apabila
beliau mempunyai cita-cita ingin mencipta dan menjual produk ciptaanya sendiri
bukan hanya bergantung kepada produk orang lain. Semasa beliau bergiat aktif
dalam mengadakan bengkel kecantikan di seluruh Malaysia, beliau menyuarakan
hajatnya iaitu ingin membuat satu jenama produknya sendiri walaupun beliau tahu
bahawa ingin mencipta satu jenama baru bukanlah mudah. Namun, ramai yang
menghadiri mensyuarat yang dianjurkan oleh beliau semuanya berminat dan yakin
akan kewibawaan beliau untuk mencipta satu jenama tersendiri. Hasil daripada
ciri yang ditonjolkan oleh beliau maka terhasillah satu jenama produk yang kini
mendapat sambutan yang hangat di pasaran iaitu D’Herbs.
3.
Mempunyai Inisiatif (Initiative)
Sebagai seorang usahawan muda yang berjaya, Dato’ Aliff Syukri
juga mempamerkan ciri seorang usahawan iaitu mempunyai inisiatif dalam
melakukan sesuatu perkara. Ciri yang ditonjolkan ini menunjukkan bahawa
usahawan mempunyai semangat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ciri ini
dipamerkan oleh Dato’ Aliff Syukri apabila beliau ingin mendapatkan modal bagi
mencipta produknya sendiri. Walaupun beliau dimaki dan diherdik serta kertas
kerja yang dibuat oleh beliau tidak diterima dan diluluskan oleh pihak bank,
itu tidak bererti beliau akan putus asa dalam mendapatkan modal. Dengan
semangat inisiatif tinggi yang ada dalam dirinya, beliau dapat meyakinkan rakan-rakan
serta pelanggan dalam memberikan beliau modal dalam perniagaannya. Modal
tersebut dijadikan pelaburan dan hasilnya, syarikat D’Herbs sampai ketahap yang
membanggakan pada hari ini.
4.
Berkebolehan (Versatility)
Usahawan
perlulah berkebolehan dalam melakukan pelbagai perkara bagi menjamin kejayaan
perniagaan yang dijalankan. Dato’ Aliff Syukri merupakan seorang yang
berkebolehan. Ini terbukti apabila beliau sendiri yang mempromosikan produk
yang diasaskan oleh beliau di pasaran. Pelbagai kritikan, komen serta pandangan
buruk orang ramai terhadap cara beliau mempromosikan produk beliau tidak
mematahkan semangat beliau untuk terus mempromosi produk tersebut. Beliau juga
ada mengatakan, jika ingin berjaya, seseorang usahawan perlulah berfikiran
positif dan menolak semua tanggapan negatif orang ramai. Ciri berkebolehan
serta sikap optimistik terhadap perniagaan yang beliau jalankan menyebabkan
produk D’Herbs terkenal dengan tagline ‘terlajak laris’ dan sering diperkatakan. Produk D'Herbs telah diiklankan di majalah dan akhbar yang terlaris di
Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan
telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kepada
perniagaan. Produk D’Herbs juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan D'Herbs juga telah
menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari
Bintang yang disiarkan di Astro dan TV3.
5.
Pembuat Keputusan (Decisive)
Semasa
menerajui tampuk kepimpinan dalam perniagaan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri tidak
lari daripada tanggungjawab yang seringkali dikaitkan dengan sifat kepimpinan
iaitu membuat keputusan. Seseorang usahawan perlu bijak membuat keputusan bagi
memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan. Dato’Aliff Syukri
menonjolkan ciri tersebut apabila beliau membuat keputusan ingin bernaung di
bawah Label Syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2012. Ini merupakan tahun
kemuncak bagi perniagaan beliau. Beliau telah mengembangkan perniagaannya
dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan
selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan
pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan
berkembang maju. Dato’ Aliff Syukri juga telah membuka beberapa anak syarikat
iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan
sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan
seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan
produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan
produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh
Malaysia. D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs
Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk
kesihatan dan kecantikan seterusnya membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain
yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.
apa sumbangan dato
ReplyDelete