Monday, 4 May 2015

Ciri-ciri Usahawan

Belajar dari Kesalahan

Definisi kesalahan adalah sesuatu perbuatan yang kita lakukan, yang kemudian merugikan orang lain dan berimpak negatif kepada orang atau makhluk lain. Bukan hanya orang lain, tetapi juga diri sendiri. Kesalahan tidak semuanya buruk. Kesalahan-kesalahan itu memberi pengalaman kepada kita dan biasanya kita lebih cepat mendapat pengajaran daripada kesalahan. Setiap manusia akan melakukan kesilapan, tetapi seseorang itu perlu belajar dari kesilapan tersebut. Sikap ini juga perlu ada pada semua orang termasuklah usahawan yang berjaya.


Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani,yang merupakan pemilik  bas Sany Ekspress apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik. Daripada bidang hiburan, beliau terjun ke bidang keusahawanan atas kesedaran dirinya yang ketika itu hidup sekadar untuk mencari makan dan hiburkan diri sendiri. Menyedari menceburui bidang hiburan tidak menampakkan masa depannya dalam bidang itu, beliau beralih ke bidang keusahawanan dalam sektor pengangkutan. Bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.

Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.

Tidak kiralah bagaimanapun kesalahan yang pernah kita lakukan, kesilapan tersebut boleh dijadikan iktibar dalam hidup kita untuk lebih berjaya di masa hadapan. Dengan berlakunya kesilapan, akan membuat seseorang itu sedar, dan bangun untuk lebih maju pada masa hadapan kelak.


Inisiatif

Inisiatif adalah ciri-ciri usahawan yang sentiasa mempunyai daya usaha yang lain atau mengambil langkah yang lain bagi mengembangkan perniagaannya. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini tidak akan pesimis dengan kesulitan, kesempitan dan kesusahan yang dihadapinya. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri sentiasa mempunyai idea dan cara untuk mengatasi kesulitan dan kesudahan di dalam perniagaannya.


Lisa Fong, adalah pengarah urusan OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau selalu membantu bapanya di kedai kasut untuk mendapat sedikit wang saku. Pengalaman tersebut telah mempengaruhi beliau untuk menceburi industri yang didominasi lelaki.

Tetapi beliau tidak maju ke hadapan dengan menghasilkan kasut lelaki,sebaliknya beliau mengambil inisiatif yang lain dengan beralih  kepada bidang pembuatan kasut keselamatan (safety  footware) yang masih lagi dalam sektor pembuatan kasut.

Pada hari ini, pelanggan syarikat beliau adalah termasuk nama-nama besar seperti Petroliam Nasional Bhd, Top Glove Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, The Federal Land Development Authority, Seagate Industries (M) Sdn Bhd dan The Royal Malaysian Police. Produk syarikat juga dieksport ke Thailand, Singapura, Vietnam, Kanada dan Fiji. Oscar Footwear Marketing adalah No 1 syarikat kasut keselamatan di Malaysia.

Dari apa yang dilihat,Lisa Fong mengambil inisiatif yang lain dalam pembuatan kasut. Walaupun bertukar daripada pembuatan kasut lelaki ke pembuatan kasut keselamatan, namun jika diperhatikan beliau masih di dalam bidang pembuatan kasut di mana kasut keselamatan yang sebahagian besarnya dipakai oleh kaum lelaki. Lisa Fong telah mengambil langkah yang bijak dalam perubahan dalam dalam perniagaannya yang membuat perniagaannya kini lebih maju.


Serba boleh

Di dalam era dasar langit terbuka ini, serba boleh antara ciri-ciri yang perlu ada pada diri seseorang usahawan itu. Seorang usahawan mestilah serba boleh dalam memastikan perkembangan perniagaan. Seorang usahawan tidak semestinya menumpukan pada sesuatu bidang sahaja, malah untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang usahawan itu mestilah boleh melalukan pelbagai bidang dengan tidak menumpukan kepada sesuatu bidang sahaja.


Dato’ Dr. Jannie Tay adalah Timbalan Pengerusi, The Hour Glass Limited. Syarikat ini memiliki rangkaian butik yang memasarkan pelbagai jam tangan berjenama terkenal buatan Swiss. The Hour Glass diasaskan oleh Dr. Jannie dan suaminya bersama Metro Holdings di Singapura pada tahun 1979. Butik The Hour Glass kini terdapt di Malaysia, Hong Kong , Taipei, Australia, Indonesia, Thailand dan Jepun. Dr. Jannie Tay dilahirkan di Ipoh dengan nama asalnya, Chan Siew Lee. 

Pada tahun 1968 Dr. Jannie memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang fisiologi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam bidang farmakologi iaitu kajian tentang tindak balas ubat. Pada tahun 1969 Dr. Jannie bertemu jodoh dengan suaminya yang ketika itu sedang mengambil PhD di Australia. Apabila mereka kembali ke Singapura pada tahun 1971, Dr. Jannie bertugas sebagai pensyarah di Universiti Singapura. Kerjaya beliau berubah pada tahun 1973, apabila suaminya melanjutkan pelajaran semula dalam bidang perubatan. Dr. Jannie beralih tugas menjadi jurujual di Lee Chay & Company, sebuah syarikat jam tangan milik keluarga suaminya.

Beberapa tahun kemudian dia menguruskan cawangan syarikat itu di Colombo Court. Dr. Jannie menyimpan impian bagi memiliki butik jam tangannya sendiri. Impian itu tercapai pada tahun 1979 apabila beliau dan suaminya membuka The hour Glass, kedai mereka yang pertama di Lucky Plaza. Pada tahun 1987, Dr. Jannie menceburi perniagaan baru dalam bidang hartanah di Golden Coast, Australia. Selama beberapa tahun, beliau membangunkan Oyster Cove iaitu projek pembangunan hotel, pusat peranginan, perumahan dan pusat perniagaan.

Pada tahun 2004, minat Dr. Jannie beralih kepada bidang makanan kesihatan dan beliau mula mengkaji cendawan lingzhi bersama pakar-pakar dari Negara China. Dengan latar belakang akademiknya dalam bidang farmakologi, Dr. Jannie dengan penuh yakin menceburi perniagaan baru itu dan membuka sebuah syarikat nutraseutikal, Scientific Tradition Pte. Ltd. Sehingga kini Dr. Jannie masih aktif dalam pelbagai perniagaan lain seperti restoran, koleksi seni dan antic. Selain suaminya, Dr. Henry Tay selaku pengerusi eksekutif, anak mereka, Michea Tay, turut menguruskan The Hour Glass Dr. Jannie yang berjaya mencapai impiannya satu demi satu berpegang kuat kepada sikap positif dan yakin kepada diri sendiri.

Walaupun seorang wanita, namun Dr. Jannie telah berjaya mengubah dirinya menjadi seorang usahawan yang berjaya yang serba boleh. Beliau tidak hanya menumpukan kepada satu bidang sahaja, malah pelbagai bidang yang rata-ratanya tidak berkaitan antara satu sama lain.


Tajam daya tanggapan

Usahawan pada abad ke-21 bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu pandai menganalisis, merumus dan mempunyai daya tanggapan yang tajam bagi sesuatu keputusan. Selain mempunyai daya tanggapan yang tajam, usahawan juga perlu berpendirian tetap dengan setiap keputusannya.


Datuk Loh Boon Siew yang sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.

 Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

 Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

 Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.

 Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

 Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.

Walaupun sehingga kini beliau tidak mampu menulis namanya dengan tepat, namun disebabkan pendirian yang sentiasa teguh dengan keputusannya, dia berjaya menjadikan kereta buatan Jepun yang dulunya dipertikaikan namun kini merupakan antara salah satu kereta yang dipakai oleh rakyat Malaysia. 


Pandangan Jauh

Pandangan jauh adalah keupayaan untuk meramalkan, atau tindakan meramalkan, apa yang akan berlaku atau apa yang diperlukan pada masa akan dating. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pemikiran harian manusia kea rah potensi peristiwa masa depan.


            Usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Neeta Gosalia. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang menginginkan anak lelaki. Anak ketiga daripada enam adik-beradik perempuan ini dilahirkan di dalam keluarga Gujerati yang konservatif dan menganggap anak perempuan adalah bencana. Ini kerana masyarakat Gujerati di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ketika itu berpegang kepada prinsip hanya anak lelaki yang mampu menjaga keluarga dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia amat dikagumi dengan kejayaan anak-anak perempuannya terutama Neeta, yang telah memulakan produk rambut herba dan pusat penjagaan kulit sendiri. Ayah Neeta mengakui lagi bahawa beliau tidak pernah menyesal mempunyai kesemua kulit anak perempuan kerana dia memdidik anak-anaknya secekal anak lelaki.

            Tujuan utama Neeta membuka perniagaan ini berasaskan masalah yang dialaminya sendiri. Mengimabs kembali bagaimana beliau sendiri memgalami masalah keguguran rambut yang serius semasa umurnya 17 tahun. Bagi wanita India, keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menimbulkan perasaan trauma. Selepas berkahwin, dengan hasil dorongan Visvalingam iaitu suaminya, Neeta berangkat ke India untuk mendapat bantuan pakar herba tradisional di sana. Selepas sebulan melalui rawatan, rambut beliau kembali tumbuh semula dan terdetik minat mulai saat itu.

            Neeta menjangkakan bahawa rawatan ini akan dapat membantu rakyat Malaysia memandangkan keguguran rambut merupakan salah satu penyakit yang masyarakat tempatan hadapi. Ia juga sebagai alternatif lain jika perubatan moden tidak dapat membantu. Dengan bantuan kewangan daripada suaminy, Neeta mendaftar untuk kursus selama tiga tahun di Kolej Ayurveda di India.

            Setelah kembali ke Malaysia, Neeta dan suaminya membuka Neeta Herba di Brickfields, Kuala Lumpur sebagai permulaan. Neeta ketika itu berumur 21 tahun. Selepas dua tahun pembukaan Neeta Herbal, mereka hampir tutup perniagaan kerana ramai tidak menyedari keberkesanan produk ini. Namun bernasib baik kerana dijemput untuk menghadiri Rancangan Nona yang disiarkan stesen TV3. Dengan bantuan pemasaran ini, Neeta Herbal telah mendapat lonjakan.

            Selepas produknya mula di kenali, ramai yang ingin mencuba dan mendapat maklum balas yang baik dari masyarakat tempatan. Maka Neeta berusaha keras untuk beberapa tahun untuk mengembangkan perniagaannya supaya lebih dikenali dan dengan harapan dapat membantu lebih ramai orang. Dengan percubaannya untuk menembusi pasaran di Amerika dan United Kingdom, akhirnya Neeta berjaya membuka 23 cawangan di seluruh Malaysia dan 10 cawangan di luar negara. Kini Neeta dengan perniagaannya bertambah maju bersama dengan sokongan keluarga tercinta yang sering memberi sokongan.


Integriti dan Boleh dipercayai

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh pegang cakapnya. Dipecayai kata dasarnya percaya bermaksud berasal yakin akan benarnya atau adanya sesuatu.   


Usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Datuk Dr. Maznah Binti Hamid. Beliau dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah. Beliau menubuhkan syarikat Securiforce, ia merupakan sebuah syarikat keselamatan yang bermula kira-kira 29 tahun yang lalu dan menjadi pembekal keselamatan terbesar di Malaysia. Beliau memulakan perniagaan bermodalkan hanya RM5000 dari pernabungan beliau. Beliau kini mengetui hampir 50 cawangan dengan pekerja yang mencapai hampir 5000, beratus-ratus senjata api dan beberapa kenderaan perisai. Perkhidmatan syarikat ini bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi juga menjangkau kepada logistik, tunai dalam transit, pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, sebagai serta pelbagai perkhidmatan lain.

Securiforce kini telah maju dan mempunyai banyak anak syarikat. Satu contoh ialah Danau Lumayan, Syarikat Pembangunan Hartanah yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. Securiforce, dalam usaha berterusan untuk menjadi keselamatan bersepadu sepenuhnya dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia juga menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki, dan Jerman. Bahagian yang paling luar biasa dan menarik dalam cerita kejayaan Datuk Maznah bahawa semua syarikat telah ditubuhkan dan secara beransur-ansur berkembang tanpa bantuan mana-mana daripada institusi perbankan.

Berdasarkan kemajuan yang dialami oleh beliau telah membukti bahawa beliau seseorang bukan sahaja seorang yang pandai menyusun strategi dengan mengembangkan syarikat ini dengan hanya mengunakan wang yang dihasilkan oleh air tangan sendiri, malah beliau seorang yang jujur dan boleh dipercayai. Perkara ini boleh dibuktikan dengan banyak permintaan dan kontrak yang dijalinkan dengan pelbagai syarikat untuk perkhidmatan keselamatannya. Antara ciri yang perlu ada untuk kuasai jenis perniagaan ini ialah jujur, boleh dipercayai, dan amanah memandangkan ia memberi perkhidmatan penjagaan aset yang penting bagi sesebuah organisasi seperti wang, pekerja syarikat dan lain-lain.

Securiforce bukanlah satu syarikat yang kecil-kecilan didalam bidang perniagaannya, memandangkan ramai telah memakai perkhidmatan keselamatan syarikat tersebut. Contoh yang paling jelas ialah banyak institusi perbankan menggunakan perkhidmatannya apabila ingin melakukan penghantaran wang antara cawangan. Dengan ini, kita dapat lihat bahawa mereka mempercayai dengan perkhidmatan yang dijalankan. Setelah beberapa tahun mengharungi  dalam perniagaan ini dengan reputasi yang baik, ramai mempercayai dengan perkhidmatan yang diberi oleh syarikat beliau.

Beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta ‘Success Counselor’ di institusi – institusi pengajian tinggi. Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan.


Membuat keputusan

Keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia ada. Pilihan merupakan suatu fungsi kepada objektif si pembuat keputusan tadi, maka dalam penilaian alternatif untuk dipilih, si pembuat juga berminat untuk mengetahui akibat daripada tindakan, ekoran daripada pilihan yang dibuatnya. Pilihan juga melibatkan elemen ketakpastian.


            Usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE. Beliau dilahirkan pada 30 April 1964 dan juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysiia dan pengasas Tune Air Sdn Bhd, yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada rakyat Malaysia dengan slogannya, “Semua mampu naik kapal terbang” (Now Everyone Can Fly). Fernandes memcapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang jatuh bankrap kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.

            Sebelum beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya, beliau pernah mengetuai syarikat rakaman Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. pada usianya hanya 27 tahun dan merupakan pengarah urusan termuda. Selain itu, beliau juga ialah seorang yang memegang ijazah  perakaunan daripada London School of Economics pada tahun 1987 sehingga tahun 1989, dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London. Beliau juga seorang ahli Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) pada tahun 1996 dan sekarang merupakan ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

            Beliau memang mempunyai cita-cita untuk membuka sebuah perniagaan. Maka beliau mengambil keputusan untuk meniggalkan kerjayanya sebagai seorang akauntan yang menjamin keselesaan hidup untuk mencapai impiannya menjadi seorang usahawan. Bersama rakan karibnya, mereka bercadang untuk menerajui dalam bidang perniagaan perkhidmatan penerbangan. Beliau bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangannya sendiri, manakala menerima cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada waktu itu masih perdana menteri Malaysia.

            Beliau masih cekal dengan keputusan yang dibuatnya dan mengambil beberapa tahun berusaha untuk mengembangkan syarikat penerbangannya itu. Dengan menangani semua dugaan dan cabaran, akhirnya beliau berjaya menaikkan nama AirAsia. Dengan menawarkan harga yang rendah sebagai strategi utama perniagaan beliau, minat dan kepercayaan rakyat tempatan berjaya ditawani untuk memilih perkhidmatan penerbangannya.

          Katanya, tiada yang istimewa tentang AirAsia, sesiapa sahaja mampu melakukannya jika mempunyai tekad dan azam yang kuat. Sejak penubuhannya, kakitangan AirAsia kini meningkat dari 200 orang kepada 5,000 orang dengan pesawat meningkat kepada 65 buah berbanding dua buah pesawat pada permulaan dan jumlah penumpang daripada 200,000 setahun kepada 18 juta setahun. Kini Fernandes  dan rakan-rakan daripada semua kaum membuktikan syarikat Malaysia mampu bersaing di pentas global dan mengubah landskap industri penerbangan negara selaras dengan label syarikat itu, ‘Now Everyone Can Fly’.